Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Friday, 28 January 2011

Allah. Huggs~

Petikan adalah dari saudara Don Azhar ,Mingguan Wanita 2011.


" Setiap hari kita mengharapkan sesuatu yang indah bagi kita. Setiap hari harapan kita adalah untuk sentiasa duduk kehidupan yang tidak berliku, hidup yang sentiasa aman dari segala musibah dan kemudaratan. Namun apabila kita selain yang kita inginkan maka kita akan mula merasakan ketidakadilan berlaku dalam hidup. Mungkin kita juga pernah melalui saat-saat sedemikian.



Adakalanya kita menjadi tidak rasional kerana mungkin sesuatu kejadian itu datang tanpa diduga. Sesuatu keadaan yang mendatang itu sebenarnya adalah kasih sayang Allah swt terhadap hamba-hambanya. Baginda rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayat Ahmad dari Aisyah r.a bahawa apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya.



Kadang-kadang kita lupa tentang perkara yang kita lakukan di masa lalu telah menjadikan peristiwa hari ini sebagai satu perkara yang menguras dosa. Kita selalu alpa tentang dosa yang pernah kita lalui di masa lalu apatah lagi dosa yang melibatkan manusia secara umumnya. Kita seringkali melihat sesuatu apa yang kita hadapi itu adalah ujian dari dari Allah swt ataupun musibah tanpa melihat kebaikan dari sesuatu perkara. Kasihnya Allah swt pada kita cukup luas lagi hebat. Allah swt tidak pernah zalim walau kita mendakwa Allah swt tidak berlaku adil kepada kita.



Jika kita merenung setiap peristiwa yang berlaku dengan hati yang tenang, kita pasti melihat tiada satu kezaliman yang diberikan Allah swt walaupun sesaat melainkan ianya hanya untuk memberi kebaikan kebaikan kepada hambanya. Kita marah dengan satu kejadian yang sebenarnya cukup memberi jalan mudah untuk kita syurga Allah swt. Allah swt sentiasa menginginkan hambaNya untuk diberikan syurga-syurgaNya. Justeru itu Allah swt akan memberikan apa jua kejadian yang dapat menguras dosa. Apabila dosa sudah mula menipis, lalu diketuai oleh pahala yang membukit hasil dari keredhaan atas kejadian, maka syurgalah balasan yang baik bagi mereka.



Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukahri dan Muslim, dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. yang mafhumnya seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya.



Jelas sekali yang kita sebenarnya amat disayangi Allah swt. Kita begitu dikasihi Allah swt hinggakan setiap yang berlaku itu sebenarnya akan membawa kita ke syurga. Mungkin kita berkata yang tidak memerlukan syurga walhal itulah sebenarnya impian setiap dari kita. Kedukaan yang kita lalui itu bukanlah satu musibah yang memberi keburukan untuk kita lalui seandainya kita tahu Allah swt tidak pernah zalim kepada hamba-hambaNya.



Saya pernah ditanya tentang satu peristiwa yang sedikit masa dahulu menggemparkan negara. Ramai dilihat memberi komen positif dan tak kurang juga memberi komen yang cukup sinis. Bagi yang positif, alhamdulillah mungkin mereka melihat kasih sayang Allah swt. Namun bagi yang memberikan komen negatif, saya mengambil ruang yang terhad ini untuk mengulas sedikit tentang pandangan yang saya fikir tidak begitu tepat.



Jika kita hanya melihat kepada sekilas kehidupan, kita akan menghakimi apa yang kita lihat pada nilai muka. Kita mungkin berkata inilah jalan cerita begitu, begini atau lain-lain yang hanya berkisar tentang keburukan tanpa langsung melihat kasih sayang Allah swt pada kejadian tersebut. Bukankah kejadian tersebut cukup jelas melambangkan kasih sayang Allah swt? Mengapa tidak... cuba kita perhatikan kejadian yang berlaku itu jatuh dalam puasa dan cuba kita renungkan apakah kurniaan Allah swt kepada mereka yang meninggal ketika berpuasa.



Renungkan lagi... berapa ramaikah yang mendoakan kebaikan atas mereka dan mungkinkah jumlah yang mendoakan tersebut sama ramainya seandainya kematian itu adalah kematian yang biasa. Nah... bukankah derita yang dilihat itu sebenarnya adalah satu rahmat yang cukup besar dari Allah swt kepada hambaNya. Bukankah penderitaan itu menguraskan dosa yang telah dilakukan? Kita hanya melihat dari satu sisi yang buruk tanpa melihat sisi manisnya.



Marilah kita mulai hari melihat sisi manis dari setiap kejadian tanpa ada sedikit prasangka dengan Allah swt kerana tiada satupun kejadian yang diizinkan Allah swt untuk terjadi adalah sebenarnya jalan membawa kita ke syurga. Marilah kita renung kembali kejadian yang berlaku di luar kehendak kita dan kita lihat kembali bagaimana kasihnya Allah swt kepada kita dan untuk memudahkan kita ke syurgaNya. Kita mungkin sukar untuk memohon ampun dan maaf tetapi Allah swt maha pengasih lagi maha penyayang tahu bagaimana untuk memberi kita tempat di syurgaNya. Renungkanlah kasih Allah swt kepada kita selama ini...."



Thursday, 13 January 2011

Ini Post Orang Emo.



SEKIAN.

Wednesday, 12 January 2011

Two Words : Exam Sucks.

Sindrom Musim Exam :

1. Makanan yang dilahap ketika musim exam meningkat secara exponential dengan kadar nota yang dibaca.

2. Kadar toksik dalam badan bertambah2 kerana rutin bersenam di gym sejam sehari telah ditinggalkan sepenuhnya.

3. Setiap malam akan ada cubaan melakukan kerosakan terhadap body-clock. Last2, nak tidur ikut GMT mana pun tak tahu da.

4. Cakap dengan kawan2 pun da macam orang gila merepek2. Otak banyak sangat fakta.



5. Petua kecantikan menjaga kulit, pakai lotion badan setiap hari da dicampak jauh2. Botol lotion pun da x jumpa kat mana.

6. Jumpa nasi 2 minggu sekali. Tahap kemalasan untuk memasak memuncak. Menghadap roti je.

7. "Eyebags" anak dara 20 tahun kini da ter'advance' menjadi mata galak makcik beranak 4.


Warning : Sindrom ini cuma akan terjadi untuk orang yang study last-minute je (batuk2, macam saya ).

Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini. Berikanlah aku kejayaan atas apa yang usahakan ini. Amin.

All the best everyone!!