Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Saturday, 26 March 2011

Penat.

Hidup memang penat, Belajar memang penat. Beribadah memang penat.

Tapi xpe,

Penat itu yang kita nak tunjukkan kat depan Allah yang kita sudah berusaha di dunia.

Maka, jangan mengaduh jika anda penat,

jangan mengeluh jika anda penat,

Tarik nafas dan fikirkan Allah.

Insya allah akan tenang. :).

Monday, 14 March 2011

Mengapa masih risau?

Bila makan cukup,

Bila pakaian cukup,

Bila keluarga masih bahagia walaupun jauh dari sisi,

Bila kekasih hati begitu menyintai diri,

Bila duit masih mampu menyara hidup seharian,

Bila bumi masih membiarkan kau berjalan dengan tenang,

Bila kau masih aman dalam bermasyarakat,

Bila kau masih cukup kudrat untuk terus belajar dan bekerja,

TAPI..

Tapi kau masih resah,

Tapi kau masih gelisah,

Tapi hati masih berat nk melakukan sesuatu,

Tapi kau masih takut kehilangan cinta manusia,

Tapi fikiran kau bagai tak henti2 berfikir,

Tapi kau rasa masalah menimpa berterusan,

Tapi kau rasa macam semua usaha adalah tak berguna,

Tapi kau rasa kerja membebani hidup,

MUNGKIN...

Kau lupa pada asal-usul mu,

Kau lupa siapa yang menciptamu,

Kau lupa siapa yang mengawal perasaanmu dan segala gerak-gerimu,

Kau lupa yang kau sudah mengabaikan kekasih agungmu,

MAKA..

Kita baiki hubungan dengan Maha Pencipta.

Kita hubungkan hati dengan Maha Agung dalam sujud,

Kita kukuhkan benteng hati dengan kalam-Nya,

Kita muhasabah diri dengan kisah hidup kekasih-Nya,

Kita betulkan niat kita berusaha di dunia,

Kita ikhlaskan hati untuk Allah & Islam.


" Dunia itu adalah penghubung manusia dengan alam akhirat."

Thursday, 3 March 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Pagi semalam, ibu bagi saya satu artikel. Ahh, mum knows best!!! Tau2 je hati anak dara die yg comel momel ni tgh resah memikirkan presentations dan essays yang bakal due lagi seminggu dua.

Post saya ini diolah dari artikel yang ibu bagi. Artikel yang diambil dari http://www.ustazmelaka.net.

Hear how it sounds..

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.

Kenapa begitu?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Mari berfikir sejenak. Apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.