Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Friday, 29 April 2011

Pesta Laknat-Melaknat

Cip cip. Bunyi burung. Oh da terang, getusku dalam hati. Inilah gaya kalau tidur lepas subuh. Ku guling2 atas katil sambil tangan mencari-cari Iphone 3GS (je!!!) yang tidak pernah lekang dari aku.

Pagi2 sudah check email. Musim cuti, tak banyak kerja, inbox agak kosong. Menggeliat versi sopan. Check twitter la. Aku scroll down, meneliti tweets yang telah dipost malam tadi. Bosan, bosan, bosan. Tiba- tiba..

"Datuk Eskay cabar Anwar untuk buat sumpah laknat"

Menganga. Pagi-pagi sudah merangsang nafsu memaki ku. Sunggu tidak sopan mereka ini. Tutup Twitter. Tarik duvet. Sambung tidur. Eh.

"Ah,politik Malaysia sudah gila. Pening kepala dibuatnya."

....................................


“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” (Al Isra: 58)

....................................

Encik BF : I cakap betul. I x pernah keluar dengan mana-mana perempuan lain okay. You je yg I sayang . I akan pegang you sepuas hati. Eh. Pegang janji I sepenuh hati.

Cik GF : Everytime pun you cakap benda sama kan? I tak suka la you bermesra dengan betina lain tau. Tak cukup ke body, eh, budi yang I taburkan pada you?

Encik BF : OK, kalau you tak percaya, esok I buat sumpah laknat kat surau belakang rumah I. Baru you tahu yang I tak tipu.

Cik GF : *menganga*

...............................


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (As Syura:30)


...............................



"Setiap orang berhak memilih untuk membuat sumpah laknat atau tidak. Itu hak peribadi" ( Datuk Seri Jib)

"Demi kebenaran, saya sanggupkan sebarkan video seks itu, walau nyawa saya bakal terancam, sebab saya hanya mahu kebenaran, dan sebab itu saya pakai baju kalis peluru tadi. Awak tak nampak ke?" ( Datuk S.K.)


...............................


“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al Isra:16)


.................................

*sila baca dialog di bawah dengan gaya penuh gedik untuk lebih impak dan drama*

Datin Viviana: Eh, diorang ni gaduh2 kan,sumpah laknat la, tak takut ke Allah turunkan bala? Habis satu Malaysia nanti you tahu tak.

Miss Kedah : Itula Datin. I pun berdebar tau orang main sumpah laknat ni. Ingat ape kan? Setiap malam I berdoa biar Allah selamatkanla negara ni kan.

Datin Viviana : I pun harap benda sama. Takpela, Allah Maha Pengampun kan. Eh, you jadi ke masuk pertandingan Miss Malaysia Pahang tahun 2012?

Miss Kedah: Of course la datin. Ini Miss Kedah okay. Beribu da I habis nak cucuk sana, cucuk sini. I rasa kan Datin, macam nak tukar jadi cup C la pulak. Cup B mcm kecik je kan Datin..

*pembaca : sila menganga sekarang..wahaha.*

..........................


“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Yaitu neraka Jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” (Ibrahim:28-29)


...........................


Dah habis baca da? Takkan nak menganga je?

Monday, 18 April 2011

Forgiveness.

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal , tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat, maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Allah tidak Menyukai orang-orang zalim. " ( asy- Syura : 40)


Pengajaran : Kalau orang tu sakitkan hati anda, secara adilnya, anda patut sakitkan hati dia balik. Tapi Allah kata, kalau kita maafkan dia dan kita layan dia dengan baik, Allah akan bagi pahala.

Bunyi macam mudah. Tapi sebenarnya sangat susah. Kadang2 kalau kita marah, yang kita fikir nak sumpah seranah orang tu, simbah cat merah kat rumah die, letak buaya depan pintu rumah die. lol. (rakan2 nottingham je paham nie kot!!)

Tapi yakinlah, dengan memaafkan dan berlapang dada, Allah kurniakan lagi banyak ketenangan dan kemudahan dari membalas dendam. :). Been there, done that.

Dan jangan bersifat zalim dgn manusia. Manusia zaman skrg x seksa secara fizikal dah,tapi seksa secara emosi.

Tak baik mendera perasaan orang lain. Bukan kau seorang je ade hati dan perasaan. Semua orang mampu ketawa dan menangis. Kalau kau hati batu, mungkin kau tgh menyumpah aku dalam hati kan sekarang?

Allah lebih mengetahui.

-Pesanan khidmat masyarakat-

Saturday, 16 April 2011

Memang Tak Best Jadi Gemuk.

Hah. Tersenyum tak baca title post? Kalau korg tersenyum, memang korang setuju la kan.

Majoriti perempuan berasa bimbang jika gemuk. Kadang2 perempuan tu da selim melim pun akan obses dgn perkatan gemuk,itu namanya tengkorak kau.eh tak, anorexic kau.

Wanita yang berkepuk2 duitnya biasanya memilih pusat2 kecantikan untuk kuruskan badan dgn efektif (kononnya!). Nak lagi segera, jumpa pakar sedut lemak terus. Untuk org yg agak kurang berduit, mungkin akan pergi ke gym sahaja (mcm saya..)

Tapi kalau prmpuan malas bersukan, x suka berpeluh nie, rimas whatsoever, xde duit pulak tu, diorg ambik jalan mudah, diorg crash diet, xpun pakai corset merepek konon bakar lemak, xpun ambik pil2 merepek rosakkan liver sume. bagi saya, itu bukan buang lemak, itu buang tebiat.

Semua itu wanita lakukan untuk kurus dan memiliki berat badan ideal. Bila media dihiasi dengan model2 bersaiz kosong, gadis2 di luar sana, ok, saya specifically, x boleh nak elak rasa sayalah manusia paling berlemak abad ini. Oh, kewujudan pondan2 yang lebih hot dari wanita biasa sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Alaa nyah..

Tapi pernah tak bertanya, kenapa beria sgt kita2 nie nak kurus? Sebahagian perempuan menguruskan badan bertujuan menjaga kesihatan manakala sebahagian lagi berniat untuk memastikan mata pasangan sedap memandang.

Jika anda tanya saya, saya jawab sebab saya berjaya di'psiko' dgn masyarakat. Hakikatnye, saya da bosan dengar orang panggil saya 'GEMUK' sepanjang 20 tahun hidup atas muka bumi Allah ni. Kalau org perli2 kita, kita nak cakap ape? Ikut hati, memang nak maki balik. Tapi sabar je la. Nabi pesan, jangan marah.($%&$^^%*%*%&*%%^*#%$%#$@%$^!!)

Kadang2 bukan perempuan je yang obses dgn bentuk badan mereka, saya rasa lelaki pun sama. Kadang2 obses nye lebih over dri wanita. Bile work out di gym, masing2 pandang cermin nk tgk ketak badan spe lebih besar. *pengsan*.

OK, hal lelaki, habis situ. Tapi satu pesanan la, memang kita nak nampak cantik, tapi yang penting sebenarnya adalah kesihatan. Jaga pemakanan anda dan selalulah bersukan. Hargai nikmat tubuh badan yang sihat. Tak guna kurus kalau kolestrol anda tggi. Tak guna krus kalau anda juga pesakit diabetes. Tak guna kurus kalau anda xde stamina. Tak guna kurus kalau jalan sikit anda da merungut separuh mati.Belum ajak berperang lgi.

Cantik itu subjektif. What might be beautiful for you might not be beautiful for me, beauty lies in the eyes of beholder,bla3..Tapi yang penting, peribadi kna cantik.

Bak kata matluthfi, alangkah malangnya orang itu kalau disukai hanya kerana fizikal yang cantik. Semua orang boleh jadi cantik secara fizikal, tapi berapa ramai yang boleh cantik secara fizikal dan peribadi.

Allah lebih mengetahui. :).

Tuesday, 12 April 2011

Kerajaan Samseng.

Ini bukan zaman samseng
Tiada tempat untuk samseng

Di depan mu berbaris peluang-peluang
Tapi tidak mahu pun engkau rebutkan

Kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan

Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota bengong
yang sibuk melaungkan cogankata kosong

Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yang berbinkan dan berbintikan
si anu dan si polan terpampang di muka surat depan

Apa yang akan kau dapat
Hanya sorakan kuat

Engkaulah Tuah engkaulah Jebat
Tiada siapa yang akan berani dekat

Sampai bila kau nak jadi raja membabi buta
Bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta

Bukan aku hendak mengata
Tapi sudah nyata

Semakin bermaharajalela
Semakin berleluasa

Satu demi satu
Bangsa ku menjadi layu

Bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru
Dunia maju tapi bukan kita nombor satu
Dunia serba canggih tapi kita masih menagih
Dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun

Salah siapa
Lain makan nangka
Lain kena getah
Lain cari cerita
Lain jadi mangsa

Kerana nila setitik
Rosak semua susu sebelanga.