Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Saturday, 28 May 2011

Me-Layu Orang Melayu itu Kerana Apa?

Bismillah.

This post is written as a response to an entry of a blogger which my friend re-posted on her fb page. My friend bears no liability on anything I have said. This is truly a personal opinion after reeading the blogger's entry. I cant seem to find that particular post in her blog, so I am sorry if I attached the link form other source. Maaf la juga kalau anda tak dapat access link tu.


First of all, I praise the writer for such an approach towards our own race, Malay. Memang tak dinafikan, bangsa Melayu kini ibarat makin mundur di tanah tumpah darah sendiri.


Quoting the writer, "Saya kata kita ditindas, anda setuju? Saya kata kita makin lemah anda setuju? Saya kata kita terlalu bertoleransi, bertolak ansur, anda setuju?".


Kalau anda setuju, mari kita muhasabah secara berasas dan logik akal. Malaysia diperintah selama berpuluh tahun oleh parti pemerintah yang sama. Pelbagai pembangunan dan projek-projek besar yang Malaysia sudah alami. Kepesatan Malaysia dari segi kekuatan ekonomi dikalangan negara Asia Tenggara tidak mampu dipertikaikan. Tapi sejauh mana kebajikan rakyat dijaga? Sejauh mana 'distribution of wealth' itu betul-betul adil dan saksama? Sejauh mana ketelusan dan keadilan itu ditegakkan?


Kalau betul la anda setuju yang kita ditindas, yang kita makin lemah, yang kita terlalu bertoleransi. Salah siapa? Pemimpin atau rakyat? Anda sendiri fikirkan.


Saya juga berkongsi kekecewaan dengan blogger tersebut melihatkan keadaan Melayu masa kini yang berpunca dari sifat ketidakpedulian. Politik ini dipaparkan kepada anak muda Melayu ibarat medan perebutan kuasa peribadi yang tidak langsung kena-mengena dengan mereka.


Cuba pergi ke mana-mana kawasan popular anak-anak muda berlepak. Ajukan soalan, "Sejauh mana adik tahu pasal politik Malaysia?"


Jawapan yang anda mungkin dapat adalah,


"Kecoh la diorang tu. Masalah x settle pun kak. Bosan la kitorg."


"Sape pun masuk Putrajaya tu, kitorg still cmni gak. Sama je susah. Tade ape berubah pun!"


"Ahli politik ape mcm tu. Cakap x pakai akai punya org"


Mengeluh kan?


Sejak mengenali erti dunia sebenar, saya kagum dengan kebijaksaan barisan pemimpin Malaysia yang berjaya menaikkan Malaysia. Bagi saya, akar umbi masalah adalah sikap (attitude) dan prinsip. Baik rakyat mahupun pemimpin, sikap itu perlu kita ubah.


Jika ada satu perkara yang perlu orang Melayu perjuangkan, itu adalah Islam.


Mengapa?


Kerana Islam itu agama yang meliputi seluruh aspek dalam hidup. Kerana Islam itu satu agama yang menggalakkan kecemerlangan. Kerana Islam itu agama yang menghapuskan diskriminasi dan tidak membezakan keturunanan, darjat dan harta.


Pemimpin negara mendabik dada dengan kemewahan sumber Malaysia, tetapi bila mana isu moral dibangkitkan, semua berdiam diri. Kalau pemimpin sendiri tidak mengamalkan Islam dengan sebaiknya, rakyat jenis bagaimana yang bakal tercorak?


Sebab itu kita lihat kes zina, kes buang anak, kes pelacuran dan jenayah berluasa. Jangan sempitkan minda anda dengan hanya melihat hudud dan qisas bila saya sebutkan tentang hukum Islam. Islam extends further than that.


Saya bukan manusia terbaik untuk bercerita tentang dosa pahala mahupun hukum atau syariah. Hanya Allah tahu betapa banyak dosa hamba Allah yang sedang menaip ini. Tapi keperluan bagi saya untuk berkongsi ini kepada anda.


Jangan salahkan kaum lain tatkala kita sendiri mundur. Jangan salahkan parti pembangkang yang belum pun diberi peluang memerintah. Jangan salahkan kaum lain apabila mereka kaya-raya kerana kaum kita sendiri yang mecuri harta kekayaan sesama sendiri. Jangan salahkan kaum lain tatkala kaum-mu sendiri yang menghancurkan Melayu.






Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia."


Satu jari anda tuding pada orang lain, empat jari menuding pada diri anda balik.


Blogger juga ada menyatakan bahawa mahasiswa tidak layak untuk berbicara pasal politik. Seribu maaf kerana saya sangat tidak bersetuju. Percayalah. Suara anak-anak muda itu yang kita mahu dengar. Lagi-lagi mahasiswa. Suara itu suara perubahan. Suara anak muda itulah yang mencetus revolusi. Suara anak muda itulah yang menegakkan Islam dan kalimah Allah.


Blogger ada menyatakan tentang wasiat raja-raja Melayu. Tapi atas bumi ini, amanah siapa yang perlu dijunjung, amanah raja atau amanah Allah? Bukan mahu menderhaka, tapi ini soal prioriti. Kita harus taat kepada pemerintah selagi mana pemerintah itu taat kepada Allah. Raja atau pemimpin itu juga tunduk pada Allah,sama seperti kita. Maka, Allah perlu diutamakan.


Point yang perlu diserap oleh minda anda sekarang adalah, JIKA ANDA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM, perjuangkan Islam, bukan hanya perkauman Melayu. Islam itu tidak eksklusif untuk Melayu. Tiada beza Melayu Islam atau Cina Islam. Hanya takwa dan amal yang membezakan manusia.


Saya menjangkakan PRU 13 akan menjadi satu medan penting dalam sejarah politik Malaysia. Kuasa mengundi anak-anak muda khususnya Melayu memang amat penting dalam menetukan corak Malaysia akan datang. Buang sifat ketidakpedulian anda itu. Mari kita sama-sama cetus perubahan.


Saya takkan menyebut mana-mana parti. Kuasa memilih ada di tangan anda. Satu pesanan, berjuanglah bersama pemimpin yang memperjuangkan Islam. Kerana bila Allah itu yang utama, dengan izin-Nya, everything will follow up.


Wallahua'alam.

Tuesday, 10 May 2011

Sesaat Muhasabah.

Thursday, 5 May 2011

Kaum ibu memang hot stuff..

Penat ulangkaji? Haha. Sama lah kita. Lama betul workout kat gym tadi. Eh. Wahaha.

Musim exam ni kan, musim paling senang homesick. Biasala, nama pun anak, time susah resah gelisah je la ingat ibu ayah kat rumah tu. Cuba tengah happy. Ehh, ingat jugak kot. Kot?

Ade sorg kawan saya, dulu call mak seminggu sekali,itupun kalau ingat la. Biasanya mak dia call saya suruh anak die call dia. Haha. Musim exam, hari-hari call mak kt rumah, borak setengah jam.

Bagus juga Allah cipta exam ni. Kan dah kata semua benda ada hikmah. Mana la Alah suka-suka nak cipta sesuatu benda tanpa sebab.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Al-Mu’min:57)


Ustaz Kazim kata, tengok muka ibu pun dah dapat pahala. Belum kita cium tangan dia, buat air, masak dan berbakti kepada mereka.

Mari merehatkan minda dengan lagu ni.





Sedap kan? Nah, pergi la dedicate lagu ini untuk ibu-ibu anda. Saya pasti kalau bukan dia yang sebak, maka andalah yang akan meraung dulu. Hehe.