Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Sunday, 19 June 2011

Sesaat Muhasabah [2]

Sunday, 12 June 2011

'Kadang-kadang' yang penuh dengan 'Tapi'.

Kadang-kadang satu perkara tu tak susah mana pun,

Tapi kita pilih untuk tak nak buat.


Kadang-kadang satu subjek tu tak la impossible sangat nak faham,

Tapi kita saja je tak nak revise.


Kadang-kadang peluang berbuat baik ada menari-menari gaya menggoda di depan kita,

Tapi kita pun dengan bergaya buat bodoh je.


Kadang-kadang satu masalah tu takla sebesar mana,

Tapi kita yang dramatik lebih.


Kadang-kadang Allah bagi banyak nikmat,

Tapi kita poyo tak nak berysukur.


Kadang-kadang musuh itu bukan sesiapa pun,

Tapi diri kita sendiri.


Dan jihad terbesar itu adalah melawan nafsu diri sendiri...ZASSS!!!!


TT_TT..

Friday, 3 June 2011

Pentas Ilmu Yang Awesome.

Baru-baru ini, akhbar Sinar Harian telah menganjurkan satu wacana ilmiah bertajuk 'Fitnah:Ancaman Umat Akhir Zaman'. Wacana ini menemukan tokoh2 politik muda nasional dan agamawan, Ustaz Nasruddin Tantawi (KP PAS), YB Khairy Jamaluddin (KP UMNO) dan Dr MAZA, dan dikendalikan dengan 'awesome'nya oleh Dr Maszlee Malik.








Ini adalah kesimpulan bagi setiap pusingan yang saya ringkaskan untuk kawan-kawan yang agak-agak malas nk tengok talk panjang2. :).


Pusingan Pertama :


Soalan bertanyakan bagaimana panelis menilai fitnah dari kaca mata masing-masing. YB Khairy menjawab fitnah itu adalah satu serangan peribadi untuk menjatuhkan sesuatu entiti, atau dalam nama kata lain adalah "character assasination". Ustaz Nas lebih byk merujuk kepada sejarah dalam mendifinisikan tajuk ini. Dr. Maza mebandingkan konsep fitnah dari sudut agama dan sudut 'orang Melayu'. Fitnah dari segi Islam bukan sekadar tuduhan peribadi, tatapi termasuk sebarang kekacauan , kucar-kacir dan juga syirik.



Pusingan Kedua :


YB KJ :-

Soalan : Persepsi umum adalah UMNO merupakan pengamal politik fitnah yang tegar samada antara parti atau dalam parti UMNO itu sendiri yang kadang lebih tampak ketika pemilihan jawatan tertinggi parti. YB juga pernah diserang secara peribadi, bukan sahaja dari pembangkang, malah pro-UMNO.

Jawapan : UMNO bukan parti yang memonopoli politik fitnah, kerana situasi yang sama berlaku dalam parti lain, tetapi mungkin dalam lebih terkawal. Punca masalah datang dari ketaksuban para penyokong terhadap perjuangan individu dalam parti, dan bukan perjuangan parti. Maka, bila tujuan/prinsip itu menyimpang, ada kemungkinan para penyokong akan cuba mempertahankan individu tersebut dgn menghalalkan apa cara sekalipun termasuk fitnah.



Ustaz Nas :-

Soalan : PAS sebagai parti Islam juga tidak sunyi dari politik fitnah. Bagaimana saudara 'justify' kewujudan budaya ini dalam PAS walaupun ternyata yang fitnah itu bertentangan dengan konsep perjuangan Islam yang dibawa PAS?

Jawapan : Prinsip parti itu sudah betul. Tapi kekhilafan manusia itu yang perlu diperbetul. Semua penyokong perlu kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar.



Dr. Maza :-

Soalan : Fitnah juga berlaku dalam kumpulan agama yang berkhilaf antara satu sama lain. Kadang-kala fitnah yang dibawa kumpulan agama lebih mudah dipercayai atas jubah agama yang dipamerkan. Adakah boleh dipercayai jika golongan sebegini memasuki politik, atau mungkin Dr. ada formula untuk menganani masalah ini?

Jawapan : Terdapat dua kumpulan utama yang merebut pengaruh dan penyokong ;kumpulan politik dan kumpulan agama. Agama ini boleh menjadi madu atau penawar kepada politik atau boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika tidak diadun dengan betul.
Apa yang perlu diberi perhatian adalah agama itu seharusnya tidak boleh dipisahkan dari poltik tapi seharusnya menjadi sebab utama politik itu dilaksanakan. Parti UMNO dan PAS kedua-duanya menggunakan agama tetapi soalnya, samada agama itu digunakan untuk kepentingan agama atau kepentingan politik.




Pusingan Ketiga :

YB KJ :-

Soalan : Sejak kebelakangan ini, YB dilihat tidak mendapat sokongan penuh Pemuda UMNO atas beberapa kenyataan yang dibuat oleh YB, seperti menentang kenaikan harga RON 97 dan kebebasan media.

Jawapan : Transformasi politik yang saya perjuangkan adalah politik yang bersifat sejagat, bukannya bertumpu kepada politik bersifat perkauman atau peribadi. Transformasi sesuatu yang telah menjadi budaya sekian lama pastinya akan mengambil masa yang lama dan takkan berlaku sekelip mata.


Ustaz Nas :-

Soalan : Kepemimpinan Pemuda PAS dianggap sebagai belum lagi mencapai tahap keterampilan seperti yang ditunjukkan oleh kepemimpinan Pemuda UMNO, samada pada tahap negara mahupun antarabangsa. Apakah sikap atau perkara yang Ustaz mahu ubah atau perjuangkan sebagai Ketua Pemuda PAS?

Jawapan : Hakikat adalah banyak usaha yang telah dibuat oleh pihak PAS tetapi tidak mendapat 'highlight' dari pihak media, kerana kebebasan media itu disekat. Platform itu telah dikawal menyebabkan masyarkat membentuk persepsi sedemikian.


Dr. MAZA :-

Soalan : Umum menganggap Dr. sebagai insan yang beraliran ketiga, yang memberikan pandangan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Harapan atau visi Dr. adalah politik bersih berasaskan akidah. Apakah langkah yang akan Dr. ambil untuk merealisasikan visi ini ; mungkin menyertai mana-mana parti politik atau menubuhkan parti politi sendiri?

Jawapan : Perkara utama yang perlu diubah itu adalah 'mindset' atau pemikiran masyarakat Malaysia. Masyarakat Kelantan contohnya perlu dipuji kerana sudah beberapa kali bertukar kepemimpinan, menunjukkan mereka mampu menilai dan mengubah.
Pergiliran politik atau kerajaan itu penting supaya tidak ada parti yang memerintah terlalu lama sehingga menjadi terlalu selesa dengan kedudukan mereka dan mula bertindak seperti diktator. Masyarakat perlu bijak menilai parti dari segi kewibawaan masing-masing dan bersedia untuk menghukum parti apabila wujudnya keperluan untuk berbuat demikian.


Sesi Soal-Jawab



Penggulungan


-TAMAT-



Itu kata panelis. Apa kata anda? :).