Keep my head up. Keep my heart strong. Keep my smile sweet. Keep my words nice.

Wednesday, 7 August 2013

Coretan Ramadhan 2013.

Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan. 

Lalu aku menyapa, "Hendak ke mana?" 

Dengan lembut menjawab,"Aku harus pergi, mungkin JAUH dan sangat LAMA"

Katanya lagi, 

"Tolong sampaikan pesanku kepada orang mukmin,

Syawal akan tiba sebentar lagi. 

Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya. 

Peluklah ISTIQAMAH saat ia kelelahan dalam perjalanan TAQWA.  

Bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang.  

Mintalah nasihat QURÁN DAN SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi.

Sampaikan pula salam dan terima kasih untuknya kerana telah menyambutku dengan sukacita dan melepaskan pemergianku dengan derai air mata.  

Kelak akan kusambut ia di SYURGA dari pintu AR RAYAN".



No comments: